Saturday 5 May 2012

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.
5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

Saturday 18 February 2012

5 PERKARA YANG SEHARUSNYA SELALU DISEBUT


                                                    Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah
                 Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang 
                                              kelima-lima perkara ini iaitu :


1) Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.



2) Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa & kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi & merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam & melabur saham akhirat.

                                                      

3) Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua & bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri & kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat?  Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali r.a dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali r.a masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil & bergelumang dengan dosa? Astaghfirullah ..



4) Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri & keluarga
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut & mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub.

Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga.

Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu. Astaghfirullah ..

5) Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan & kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban & kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita.

Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak.

Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik.  Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

"If you chill too much in this dunia, you're going to thaw in hell."-Suhaib Webb-



Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati & diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama berdoa semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...

LETS MENGISLAHKAN OURSELF TO BE THE BEST 

AMONGST THE BEST. INSYAALLAH ..






6 JENIS WANITA (DICATAT OLEH IMAM GHAZALI)


Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana Redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah


Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum ..
Amiin ya Rabbal'alamin..


“Jangan engkau kahwini wanita yang 6
,
 jangan yang Ananah, yang Mananah, dan

 yang Hananah & jangan engkau kahwini

 yang Hadaqah, yang Baraqah, dan yang 

Syadaqah.”


WANITA ANANAH
Wanita yang banyak mengeluh, mengadu & tiap saat memeperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2) WANITA MANANAH
Wanita yang suka membangkit-bangkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."
Rasulullah saw bersabda:
Bila seseorang isteri menyakiti hati suaminya di dunia ini,
maka bidadari yang bakal jadi isterinya di syurga berkata:
"Jangan engkau sakiti dia. Kemarahan Allah atasmu.
Dia disisimu hanya sementara, kalau dia menceraikan engkau,
dia akan kahwin dengan kami."
(Riwayat Imam Ahmad)


3) WANITA HANANAH
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. 
Baginda bersabda:
"Mana-mana perempuan meminta talak dari daripada suaminya tanpa sesuatu sebab, maka haramlah ke atasnya bau syurga."
(Diriwayatkan Al-Imam Ahmad & Al-Turmuzi)


4) WANITA HADAQAH
Wanita yang melemparkan pandangan & matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu & memaksa suaminya untuk membelinya.
"Mana-mana isteri bermasam muka di hadapan suaminya yang membuatkan suaminya berasa dukacita, dia dalam kemurkaan Allah Taala sehinggalah dia senyum di hadapan suaminya."
(Diriwayatkan daripada Talhah bin Abdullah r.a)


Rasulullah saw bersabda:
"Mana-mana isteri berkata kepada suaminya:
"Aku tidak nampak sesuatu kebaikan daripadamu,"
Allah menghapuskan amalannya yang 70 tahun walaupun dia berpuasa pada siang hari & mendirikan qiamullail sepanjang malam."
(Diriwayatkan Ibn 'Asakir & Ibn 'Adiyy)


5) WANITA BARAQAH
Terdapat 2 makna. Pertama, wanita yang sepanjang harinya mengilatkan & menghiaskan mukanya. Kedua, wanita yang marah ketika makan & tidak mahu makan kecuali sendirian & diasingkannya bahagianya.
Sabda Rasulullah saw:
"Mana-mana perempuan yang memakai wangi-wangian kemudian keluar dari rumah, lantas melewati sesuatu kaum supaya mereka mencium bau harumnya itu, maka dia adalah penzina."
(Riwayat Abu Daud & Al-Turmuzi)


Allah Taala berfirman:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(dari memandang yang haram), dan memelihara kehormatan(kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka."
(An-Nur : 31)


6) WANITA SYADAQAH
Wanita yang banyak cakap tidak menentu lagi bising
Sabda Rasulullah saw:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah & hari akhirat, maka hendaklah dia berkata sesuatu yang baik atau hendaklah dia diam."
(Al-Bukhari)


Finding the right man for marriage is the second challenge,
The first challenge is to be the RIGHT WOMAN that a RIGHT MAN wants to marry :)

Sabda Rasulullah saw :
"Sebaik-baik isteri ialah perempuan yang apabila engkau melihatnya, menggembirakan. Apabila disuruh, dia taat. Apabila engkau tidak ada dia menjaga harta benda engkau & dirinya. Kemudian baginda membaca ayat yang tersebut itu.
(Riwayat Abu Daud al-Toyalisi & Ibn Abu Hatim)


Sabda Rasulullah saw :
"Andainya aku perintahkan seseorang supaya sujud kepada seseorang,
tentulah aku menyuruh isteri sujud kepada suaminya."
(Riwayat Imam Al-Turmuzi)


Imam Ahmad, Ibn Hibban & Tabarani meriwayatkan lafaz yang hampir-hampir sama daripada Anas bin Malik r.a,
Sabda Rasulullah saw :
"Seseorang isteri apabila mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, mentaati suaminya, dia akan masuk syurga melalui mana-mana pintu yang dikehendakinya.


Relationship before marriage:
I love you. You love me. SATAN loves us !